Saturday, 12 March 2011

Tips Percutian Bajet ke Paris & London 2011 (RM 3500 ++)

 ASSALAMUALAIKUM,
Dah lama benar aku tak menggunakan bahasa formal dan ayat ala2 Karangan SPM nih. Namun ku gagahi jua untuk meng"formal"kan penggunaan bahasa dan ayat-ayat dalam blog nih. Bukan apa, senang untuk orang fahami. target aku bukan orang-orang muda je yang akan baca blog aku nih, pakcik-pakcik dan makcik-makcik pun boleh.Ok, dah jelas? ayuh kita mulakan !!!

SUATU PETANG DI OPISKU (OCTOBER 2010)

Sorang member aku tengah melayari internet (Air Asia Website) sambil-sambil tengok harga tiket ke Oversea (China,Australia,Vietnam,Iran etc). Tiba-tiba "Eh, tiket pegi UK RM 680 one way?" terpacul dari mulutnya. Terus terlintas dalam kotak fikiranku, "Eh, jom kite pegi, alang-alang boleh follow Stadium Tour, kalau lagi bernasib baik,silap-silap dapat tengok match" hahaha. Kami memang kaki bola sebenarnya,itulah topik bualan kami setiap isnin (lepas game EPL). Nak kata hebat main bola tuh tak la pulak, setakat passing & sepak bola tu boleh la sikit-sikit. Sebab tu kami keje kt MMHE nih bukan main ngn Malaysia.Kalo minat sesuatu tak perlu pun kita jadi yang terbaik baru boleh minat.betul? Contohnya kalau minat Muzik @ gitar, perlu ke nak hebat macam Paul Gilbert, Steve Vai or Joe Satriani baru boleh minat Muzik @ Gitar? tak kot.
Ok, berbalik pada kisah tadi, lepas je rakan sepejabat aku tengok Air Asia Promo Ticket tuh, terus dia teruja untuk ke UK. Aku apatah lagi, memang tak pernah terpikir pun nak pegi UK...time nak amik SPM dulu ada la, tapi tak dak rezeki.hoho. Dalam otak aku, aku terpikir kalau aku pergi, sudah semestinya 3 orang member baik aku kat opis (Abee,Pak Leh & Dzul) nak join. Kami berempat nih dikatogerikan bujang terlajak la kat opis.hoho. 2 orang senior Engineer kat opis aku (salah sorang ni la yang bukak website Air Asia) pun macam berkobar-kobar dengan semangat Liverpool dan Manchester United diorang. Bincang punya bincang, okay set !! Bulan March 2011 kita pg...Time tuh (October 2010) tengah sibuk set up Offshore team untuk setelkan saki baki project kitorang. So, 3 orang member aku nih kompem2 name naik untuk gi offshore. Alangkah bernasib baiknya sebab coordinator yang setup offshore team nih Senior Engineer yang join kitorang nak pg UK tuh. Kawtim baik punya la. Stop !! Perh, boleh tahan jauh aku melalut...ok ok sorry...

MEMBELI TIKET FLIGHT (ONLINE)

Ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum beli tiket flight nih
i) Bos nak approve ke cuti brader??
ii) Musim apakah kt sana (Winter / Spring / Summer / Autumn) ?
iii) Arrival time kt sana (kalo sampai dlm kul 6 am to 3 pm tuh cun sangat2 lah tuh) kalo smpai tengah malam kompem2 kena overnight kt Airport. Badan pon letih, esok dh nak jalan2...perh pancit..
Item ni (ii) nih penting sebab nak pikir berapa banyak baju nak kena bawak? semakin berat luggage anda
semakin mahal la kan...Kami pilih awal March pada mulanya disebabkan oleh konon-kononnya nak tengok match Manchester United VS Liverpool (aku tak support dua2 team nih pon sebenarnya) pada 5 March 2011 (Sabtu). Malangnya salah info, match sebenarnya 6 March 2011 (Ahad). Oklah dapat ikut Stadium Tour pun ok lah (nak mengubati perasaan fan kedua2 kelab yang kecewa).

Sebenarnya Air Asia pernah offer tiket lagi murah sebelum2 nih, one way RM 500 ++, so ikut rezeki jugak la kan.Tiket kami total sekali dengan makan dan luggage RM 2050.Untuk trip lebih kurang seminggu,berat luggage lebih kurang 7kg-10 kg je.Untuk selamat return tiket amik la luggage up to 15 kg (souvenir pon nak sumbat dalam beg jugak kan).Untuk makan,sangatlah dinasihatkan untuk booking online jugak sebab takut habis kalau atas flight baru nak beli (maklumlah Mat Salleh memonopoli senarai penumpang2 dan nafsu makan mereka agak tinggi). Sepanjang 12-14 jam perjalanan, anda akan dihidangkan makanan sebanyak 2 kali (Pilihan : Vegetarian / Western / Melayu). Kami orang melayu, semestinya kami pilih makanan melayu hohoho. nasik Beriyani (sedap) 2 jam selepas berlepas dan nasik lemak (sedap) 2 jam sebelum mendarat. Jadi bila dah sampai London Stansted Airport tuh dah kenyang la.Sekadar memberitahu, tiket flight boleh dibeli di www.airasia.com. Sekadar berpesan juga,sila print tiket pergi balik anda untuk rujukan airlines staff sebelum check-in (diorang akan mintak nak tengok).Kami semua bekerja di Pasir Gudang,Johor. So, kami bertolak ke LCCT (From Senai Airport) dengan tiket promo RM 25 pada pukul 11 malam sebelum tu. Dalam erti kata lain kami "overnight" di sana. Sampai di LCCT, sumpah ramai gila orang-orang menunggu flight bergelimpangan tidur.Nak tak nak terpaksa naik bus (RM5) ke KLIA yang semestinya lebih selesa dan banyak tempat-tempat nak melepak. Kelaparan tahap kritikal menyebabkan Burger King menjadi tempat melepak.Badan agak penat, sempat la sejam dua melelapkan mata. Tepat jam 6 pg kami naik bas untuk ke LCCT semula dan solat subuh di sana. Untuk sarapan, kami melantak Nasi Lemak di Marry Brown sebelum "check-in". Disebabkan semua first time pergi ke europe, kami menagmbil keputusan untuk me"wrapping" beg kami sebagai langkah keselamatan agar tak teraniaya (risau ada pihak meletakkan sesuatu yang illegal di dalam beg).
Menunggu giliran untuk me"wrapping" beg di LCCT

Santapan Pertama : Nasi Beriyani (Sedap jugak weh)

TIPS NAK MENGADAP UK IMMIGRATION
UK Immigration memang terkenal dengan ketegasannya. Ya la, negara kaya mesti ramai orang yang plan nak overstay (illegal) untuk kerja kat sini. Tips2 yang penting ialah:
i) Setiap ahli group (trip) mempunyai file (clear holder etc) yang mengandungi salinan pembelian tiket pergi-balik.
ii) Pastikan setiap ahli group tahu itinerary group anda (Nak kemana lepas sampai London, nak stay kat mana hari ke-2,ke-3 dan seterusnya)
iii) Pastikan bawak duit Pound yang logik untuk perbelanjaan selama tempoh trip
iv) Anda dinasihatkan elakkan bercakap yang anda akan menumpang rumah kawan2 atau sedara yang stay dekat UK secara haram. Kalo tuan rumah yang ditumpangi tu OK, teruskan lah dan jawab dengan yakin.
v) Pastikan anda ada simpan alamat, no contact , email Malaysia Embassy kat London.
vi) Pastikan setiap ahli group simpan Pelan Jaringan Subway Train (UNDERGROUND) dekat London. Sangat berguna. Untuk pengetahuan anda, ada 11 Jenis Jaringan (macam KL : Monorail, Komuter, Putra & STAR) keretapi bawah tanah (Victoria, Hammersmith,Waterloo,Metropolitan,Bakerloo,Piccadilly,Northern,District,Circles,Jubilee & Central Line) yang merangkumi seluruh pelosok kota London yang dibezakan dengan warna2 di dalam pelan tersebut.
vii) Sekiranya anda menginap di Hostel (Dorm), sila membuat tempahan bilik seawal yang mungkin dan print kan resit atau bukti tempahan untuk setiap ahli group.
viii) Kesemua tiket pembelian secara online perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam file.

Menunggu Train (Transit dr Terminal ke Immigration & Luggage)


Sampai di Stansted dengan suhu 5 Degree C
TRANSPORTATION (LONDON STANSTED AIRPORT - LONDON CITY CENTRE)
Untuk pengetahuan anda, jarak perjalanan dari airport ke London City agak jauh (1 jam lebih perjalanan). Setahu saya, ada 3 syarikat utama sahaja yang menawarkan khidmat bus ke London City.
i) EasyBus (paling murah dan pembelian secara online amatlah digalakkan)
ii) Terravision Bus (agak mahal dan lebih selesa. juga dinasihatkan pembelian secara online)
iii) National Express (agak mahal dan lebih selesa. juga dinasihatkan pembelian secara online)
Sila layari www.easybus.co.uk / www.terravision.eu / www.nationalexpress.co.uk

Perlu diingatkan bahawa waktu berlepas (easybus setiap 20 minit) perlu dipilih dengan mengambilkira UK Immigration punye hal.(1-2 jam selepas waktu ketibaan)
Kami memilih untuk menempah easy bus (van yang comel) untuk ke kota London dengan harga £ 3.99 (RM 20). Setiap syarikat bus menawarkan laluan dan tempat2 perhentian yang berbeza. Easy Bus hanya mempunyai satu perhentian iaitu di Baker Street (Berdekatan Underground Station). Sila pastikan anda print-out tiket kerana kami menyaksikan pertengkaran kecil antara seorang penumpang dengan pemandu bas. Si penumpang tu tak print-out tiket bus. Suhu di sekitar London pada awal March, pukul 8 malam sekitar 3-4 ºC.Sumpah tak boleh tahan dan membawa kepada penyesalan. Sila pastikan pakaian anda bersesuaian (Long John penting !!).Sekiranya anda pelan untuk makan, sukacita dimaklumkan ada sebuah KFC (50 meter dari perhentian Baker Street) yang HALAL. Sedap Hingga Menjilat Jari !!


Nih contoh tiket (Airport-London City-Airport). Tolong print-out !!!
JOM GI PARIS !!!

Untuk bajet yang cukup-cukup makan, kami teruskan trip kami ke Paris dari London dengan menaiki Bus Ekspres Eurolines. Untuk pengetahuan anda, bus ekspress ni menyediakan perkhidmatan ke destinasi-destinasi utama seluruh eropah seperti Amsterdam, Brussels, Prague, Munich, Rome malah sampai ke Barcelona (paham-paham la memang makan 2 hari perjalanan). Anda boleh mendapatkan tiket secara online 3 bulan sebelum tarikh perjalanan melalui laman web www.eurolines.co.uk. Di kota London, ada beberapa stesen bus yang menjadi perhentian bas Eurolines antaranya ailah Victoria Coach Station. (dari Baker Street,anda menaiki Tube Circle Line dan berhenti di Edgware Road Stn dan meneruskan perjalanan ke Victoria Station). Jarak diantara Victoria Tube Stesen ke Victoria Coach Stesen lebih kurang 400 mtr.




Pertama kali naik Tube. Sama je macam LRT KL


Bas Eurolines (London-Paris)
Perjalanan mengambil masa antara 7-8 jam. Terdapat 2 opsyen untuk menyeberangi "English Straits" iaitu melalui rel keretapi (bus dimasukkan ke dalam kabin) atau feri. Bagi sesiapa yang mabuk laut, sila buat persiapan (makan pil mabuk ler) kerana keadaan laut ketika penhujung musim sejuk bergelora dan berangin.
France Immigration terletak di Calais (macam pelabuhan la). Sediakan dokumen yang berkaitan untuk melepasi imegresen (senang je tak banyak soal).
dalam feri untuk menyeberangi selat inggeris
      secawan kopi dan Mild-7 di atas dek feri fuhhh..
Terdapat 2 drop-point Eurolines di Paris iaitu Charles De Gaulle Airport & Gallieni Coach Station. Stibanya kami di Gallieni, kami mempersiapkan diri di tandas yang disediakan disitu. Pastikan anda membawa botol mineral kemana2 kerana Mat Salleh tak basuh berak.haha.Surau tidak disediakan tetapi anda boleh melakukan solat di sudut2 yang agak tersembunyi tanpa gangguan atau bantahan orang lain.Kami perlu menunggu sehingga pukul 6 am iaitu apabila Paris Metro beroperasi.Untuk penjimatan yang kaw2, anda boleh membeli one day pass "Paris Visite" dengan harga  € 9.00 (Zone 1-3). Anda boleh menggunakan tiket ini kemana saja anda nak pegi dalam Zone 1-3.Destinasi pertama kami ialah Gare Du Nord (macam KL Sentral la) untuk simpan beg. Agak2 la nak berjalan satu Paris dengan beg 10 kg kat belakang.(Dari Gallieni naik Line 3 ke Stesen Republique, tukar ke Line 5 ke GDN).Gare Du Nord merupakan hentian untuk TGV Train sekiranya anda dari London menaiki bullet train
.
 Baru nak tengok Metro Map haha                        


                                                 

memanaskan badan jap berlatarbelakangkn TGV
Weekdays morning di Paris
Mula2 sekali jom pegi cari sarapan dulu. Untuk makanan halal di Paris, anda bolehlah ke kawasan sekitar Strasbourg-St.Dennis (banyak kedai halal mcm kebab n sandwich).Dari GDN td naik Line 4. Untuk lebih mudah pastikan anda tapau skali makanan untuk Lunch.Harga sebijik kebab (lebih kurang 5 inci) € 3.00. Destinasi tempat stylo pertama Kami ialah "De La Cite Island". Dari St. Dennis, naik Line 4 terus ke Chatelet Stesen. 
Keistimewaan pulau ni ialah terletak di tengah2 sungai Paris. Memang port dating  diorg kot
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke "Musee De Louvre" tempat yang famous dlm cite Da Vinci Code. Glass Pyramid. Dari Chatelet Stn, ambil Metro Line 1 ke Palais Royal Musee De Louvre Stesen. Senang je pon.

Tengah tunggu Metro (x lebih 3 minit pon) untuk ke Musee De Louvre
Berlatar belakangkn Piramid tuh. x masuk pon muzium haha
Destinasi seterusnya ialah "Concorde (Macam tiang Lontar Jamrah)" dan "Arch De Triomphe (Gerbang)". Dari Musee De Louvre, dah nampak dah pon due2 tempat nih. Kami pun mengambil keputusan untuk berjalan kaki (bajet fitness tahap tertinggi). Sepanjang perjalanan ke sana, memang cantik cun melecun la view. Serius aku tak tipu. Tapi dengan kesengalan aku menggunakan DSLR (1st time) aku tak dapat membuktikan keindahan view tu. hahaha. 

pokok-pokok kering. tp cun weh...
tuh kt hujung tuh "Arch De Triomphe"
Kat Jambatan nk ke De La Cite Island
sempat lagi paku memaku haha. on the way nk ke Arch De Triomphe
Taman Bunga dekat area Musee De Louvre
Peristiwa yang lawak sepanjang kami berjalan kaki (2 km jugak aku rasa), salah sorang trip member cramp sebab lari nak mengelak dari anjing. Tambah pulak dengan suhu below 7ºC memang pakej la.zappp..haha.Perhatian ! dekat Paris ni banyak pemintak sedekah. So time macam ni lah kita kena berpegang kepada "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Pemintak sedekah ni kebanyakannya dari East Europe (Albania, Bosnia,Romania etc) and Africa (Senegal,Mali etc).Bagi betis nak peha. Tu je perumpamaan yang sesuai untuk mereka. 

berlatarbelakangkan Arch De Triomphe
Destinasi seterusnya ialah Eiffel Tower (tak lengkap ke Paris kalau anda tak ke sini). Untuk pengetahuan anda, berhampiran Arch De Triomphe, terdapat stesen Metro yang besar (Interchange untuk Line 1,2 & 6) iaitu Stesen Charles De Gaulle-Etoile. Anda boleh menaiki Line 6 untuk ke Stesen Bir Hakeim (untuk ke Eiffel Tower). Peristiwa trip member yang lain terlepas train memang aku tak boleh lupa. hahaha. Time berjalan kaki lama ni lah bergunanya makanan yang kita tapau td.Kebab pun kebab la...
sesampainya area eiffel tower. posing Back Street Boy sepam... 
 Jam menunjukkan pukul 3 petang time kami sampai di eiffel tower. Angin bukan dah sepoi2 bahasa, ni dah dikira angin yang nakal. telinga dah kebas, hidung dah merah, benda pertama sekali cari Kopi. Fuhh kopi bersama Mild-7. Benda yang paling mengejutkan bila kitorang sampai dekat sini ialah kitorang disapa oleh sekumpulan Negro "abang beli-beli..murah saja..1...2..3..4" sambil menunjukkan key chain dan replika eiffel tower. Ini menunjukkan orang Malaysia dikenali disana.Bangga siot !! Kepada yang plan untuk naik ke puncak Eiffel tower, anda dinasihatkan untuk membeli tiket secara online. Beratur panjang kot kalau nak beli dekat kaunter. Kami memang tidak bercadang untuk naik keatas disebabkan oleh ketahanan fizikal yang tidak cukup lasak nak menahan angin yang kuat dan suhu yang dah semakin jatuh (sebab dah lewat petang).

Pemandangan sekitar eiffel tower.classic ade kereta kuda
gambar ala2 Westlife plak sepam...
Disebabkan kesuntukan masa, kami bergerak menuju ke Gallieni Coach Station untuk menaiki bas balik semula ke London. Terlalu banyak route yang anda boleh pilih untuk kesana disebabkan rangkaian Paris Metro yang sangat meluas di seluruh pelosok kota Paris.Kesemuanya 13 Line !!! Sebelum tuh sempat lagi kami ke Hard Rock Cafe dan membeli makan malam. Kami diberitahu KFC Paris Halal.
Paris Metro Map. Study awal2 untuk memudahkan perjalanan....
ni tiket "one day pass" so called PARIS VISITE
aku download kat mane2 ntah..tp memang membantu la map ni untuk trip "sehari di Paris" haha

Eurolines Bus ticket..€ 35 untuk two-way kalo booking awal...ok pe?

antara destinasi2 Eurolines Bus
Tepat jam 1030 malam, kami meninggalkan Paris dengan 1001 kenangan menuju ke London. Jumpa lagi Paris hahaha. Kesimpulan yang kami boleh buat walaupun hanya sehari disini ialah Paris ni Overrated. Sebab apa? Dekat Rail Metro ada tikus berkeliaran disebabkan banyak sampah. Puntung rokok bersepah even dekat tempat2 tourist lepak macam Eiffel Tower, Arch De Triomphe etc. Lagi satu yang paling teruk, sebodoh2 English aku bodoh lagi 12 kali orang France. Tapi aku pun tak sure la samada diorang memang sengaja nak memandang hina English haha. Awek2 Paris memang majoritinya cantik. Serius tak tipu. Nak jumpa yang obesiti tu jarang la. Awek2 naik skuter BMW comel je. Indahnya ciptaan Tuhan.

JOM GI LIVERPOOL & MANCHESTER !!!


Sepanjang perjalanan memang kami tidur kepenatan. Aku dikhabarkan menghasilkan dengkuran yang agak nakal Decibel Scale nye(dB). Hahaha, amik !! Sampai je kat imegresen Calais..bukan KLIA ok..hahaha (UK punye Checkpoint) memang cerewet habis la pegawai die. Manenye tak, France sangat ramai pendatang asing, jadi ni merupakan langkah2 yang diorang ambil untuk mengelakkan pendatang2 ni masuk ke UK. Boleh pulak sorang member kitorang mamai2 tak boleh jawab soalan. Disebabkan setiap ahli group mempunyai File (Itinerary, Ticket Booking, Hostel Booking, Map, alamat Malaysia nye Embassy etc), so just bukak file & tunjuk kat diorg. Diorang pon kagum dengan kegigihan kitorang haha. Bak kata orang utara "Pulun Teruk".Di bawah ni merupakan itinerary / schedule yang kitorang buat.

Itinerary Kitorang...gigih gila kot..
Kami sampai di Victoria Coach Station London pada pukul 430 am. Suhu kat luar tak mengizinkan kami untuk lepak diluar sambil ber Mild-7. Terdapat 2 @ 3 kedai makanan halal di sekitar Stesen Bas tuh tp yang tak bestnya semua bukak pukul 730 am paling awal. Untuk solat subuh, anda perlu ke kawasan2 terpencil disekitar stesen bas dan toilet kene bayar.caittt. Kami bersarapan di tingkat atas Stesen bus sambil ber online (£ 2 / jam). Harga sepinggan Nasik Goreng (aku pun tak expect ade) ialah £4.00. Tapi aku makan burger la sebab lebih mengenyangkan dan murah. Burger diorang sebesar DVD haha. memang la kenyang. Burger + Fries + Coke £3.00. 


Sambal tuh serius x sedap langsung
Kami meneruskan perjalanan untuk ke Euston Railway Station (mcm KL Sentral la). Pada mulanya kami nak naik Tube. Disebabkan hari tu weekdays so memang berebut2 jugak la. Kami pun bersepakat untuk berpecah kepada 2 kumpulan dan naik Taxi (Old Skool 50s punye keta). Kami buat keputusan yang silap. Malangnya taxi yang group aku naik sangkut dengan traffic jam. Nah amik kena bayar £30.00 !!. Yang group lagi satu driver diorang kaki cilok. Kena charge £18.00 je. Peringatan, Jangan Naik Taxi di London !!! Jam teruk !!! Satu lagi masalah menimpa kami. Ada salah faham membaca instruction masa kitorang book tiket train dulu. Tiket train Self-Print Ticket !!! Nak amik, pusing punya pusing jumpak la jugak Cyber Cafe. Alhamdulillah selesai. Credit to Aziehan & Dzul. Good Job bro! Satu lagi peringtan, anda boleh memilih seat yang disediakan 3-pin socket untuk charging Handphone, Camera, Video Cam etc semasa membooking tiket.Sangat susah untuk jumpa free 3-pin socket kt UK.Tak macam kt LCCT Airport, bersepah. Tren bergerak ke Manchester tepat seperti yang dijanjikan.Untuk perjalanan domestik UK,anda boleh membeli tiket melalui www.nationalrail.co.uk atau www.megatrain.co.uk untuk keretapi. View sepanjang perjalanan memang best. Kawasan ladang dan padang rumput serta beratus2 biri-biri, padang ragbi dan padang bola di kampung2 tapi standard world class !! Perjalanan sejauh 300 miles mengambil masa lebih kurang 2jam 30 minit.


antara yang sempat kitorang snap...camera tengah charge la time nih...rugi2
Setelah sampai di Manchester Piccadilly Station, kami berpecah kepada 2 group (1 group stay di Manchester dan 1 lagi ke Liverpool for Anfield Stadium Tour). Perjalanan ke Liverpool Lime Street Station dari Manchester mengambil masa kurang dari sejam. 


ke Manchester menaiki Virgin Train
perjalanan pun bermula
Sampai aje Liverpool Line Street kami mengambil Taxi (dalam £10 kot satu kete) menuju ke Anfield Stadium @ The Kop. Pertama skali yang terlintas dalam kepala aku bila sampai Liverpool "mak aih kecik gile Town Liverpool, tapi satu dunia kenal". Aku memang tak expect town die lengang dan kecik. Liverpool merupakan bandar pelabuhan. Sampai je kat Anfield, kitorang terus membeli tiket stadium tour berharga £15. Memang tak dinafikan ramai pelancong datang lawat Anfield ni.Yang aku tak puas hati nye tiket / pass masuk stadium tour Anfield, sebijik macam resit Credit Card. Bapak kedekut Liverpool !!! haha.


macam haram kan kedekut Liverpool ??
oitt gambar wajib nih...haha
ni pon katogeri gambar wajib kene amik haha
aku tak tipu memang lengang town Liverpool
kan saye dah cakap memang lengang haha..ni tengah2 town  dah aku rase
Aku kan kantoi English so agak sukar untuk nak paham orang Liverpool speaking (kalo dalam bahasa melayu slang diorang boleh dianggap macam slang pantai timur yang susah nak paham) termasuklah mamat Stadium Tour Guide kitorang. Muke lampi je, cakap tak paham sangat, tapi bab kutuk kelab2 lain memang genius terutamanya Man U haha..cayalah bro. Anfield memang kecik gila, parking kete memang aku rase x lebih 50 keta boleh masuk. Architecture dia memang old skool, bleh considered Ancient Architecture kot.haha. Yang aku respek Liverpool memang banyak Cup tersusun dalam Cabinet.Power2.Lepas stadium tour kami terus ke Liverpool Lime Street Station untuk balik ke Manchester. Tengah dok ambik gambar terserempak dengan student Malaysia kat Liverpool. Borak punya borak dia bawak kami ke Kedai Arab best kat area tuh.


sempat lg singgah bergambar kt Everton punye stadium
Nasik arab..yang pakai spek tu student Mesia..tq bro
patung legend Everton..x kenal weh..tq taxi driver,anda memang x berbakat dlm fotografi haha
Kami meneruskan perjalanan pulang ke Manchester untuk bermalam di sana. 1 group lagi tengah tunggu kitorang dekat Manchester Piccadilly. Lepas ni misi nak mencari guest house yang kami booking tuh. Orchird Road, Rochdale, Manchester. Seb baek la ade Google Maps. Bleh jugak study2 sebelum pegi trip ni.Penginapan kami di Manchester memang murah gile £7 / person. Rumah orang melayu, Kak Shida namanye. memang baik gile siap sedikan sarapan lagi.Untuk maklumat lanjut boleh check www.jalanorkid.blogspot.com



27 comments:

  1. bro...cpt la update sket smpi kat cita p emirates....huhuhu

    ReplyDelete
  2. beb, kasi tnjuk ler gmba fail ko...

    ReplyDelete
  3. bagus catatan ini.. menjadi rujukan saya..(sy pun dari pasir gudang gak..)

    ReplyDelete
  4. bleh follow itinerary u....tapi tak se gigih korang le siap buat CPM. huhu...ntah2 cash flow pon ada

    ReplyDelete
  5. So total semua skali semasa travel London Paris tu brapa n menginap kt mana ek?

    ReplyDelete
  6. Xde ke alternatif lain utk lbh cpt smpai ke paris ? Ada info hotel ✗ ?

    ReplyDelete
  7. teringin nk pegi londonnn..kos biasa berapa eh seorang ??? jawab tawwww

    ReplyDelete
  8. Mie, bile nk ksk siap... X sabor nk membace.... Ahahaa...

    ReplyDelete
  9. semua kena online .aiyoyo .tak qeti .. bajet pi sana berapa semuanya ?

    ReplyDelete
  10. Salam, masa kat London itself awak stay mana n cost?

    ReplyDelete
  11. Salam, masa kat London itself awak stay mana n cost?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Maaf, mohon tumpang iklan ye Tuan Blog…

    Kepada sesiapa yang nak melawat kota London, kami ada menyediakan servis penginapan budget di London :

    http://homestaydilondon.blogspot.co.uk/

    @

    http://homestay-london.blogspot.co.uk/

    TQ n sorry again..

    ReplyDelete
  14. cerita dah ok, tapi gambo kecik sngt Tuan, x puas nak nengok LONDON

    ReplyDelete
  15. WINENLOSE
    =========
    Thanks Infonya , Nitip Linknya yaaaa
    Agen Sbobet
    Agen Judi
    Agen Bola
    Agen Asia77
    Agen IBCBET ONLINE
    Agen SBOBET ONLINE
    Agen JUDI ONLINE
    Agen CASINO ONLINE
    Agen Bonus Sbobet
    Prediksi Bola

    AGEN JUDI | AGEN BOLA | AGEN SBOBET | WINENLOSE
    http://198.50.183.104/
    http://198.50.183.104/asia77
    http://198.50.183.104/ibcbet-online
    http://198.50.183.104/sbobet-online
    http://198.50.183.104/judi-online
    http://198.50.183.104/casino-online
    http://198.50.183.104/promo
    http://198.50.183.104/category/prediksi-bola
    http://198.50.183.104/agen-judi

    ReplyDelete
  16. kalau diizinin nitip numpang lapak yaaa terima kasih...

    Agen Sbobet
    Agen Bola
    Agen Judi
    Bandar Judi
    Agen Bola Bonus
    Bandar Asia77
    Agen Poker
    Agen Asia8
    Agen 1sCasino
    Agen Casino
    Agen Bola IBCBET
    Agen Bola Sbobet
    Prediksi Bola
    http://988bet.city/2015/09/21/prediksi-tottenham-hotspur-vs-manchester-city-26-september-2015/
    http://agenjudi.city/2015/09/21/prediksi-skor-leicester-city-vs-arsenal-26-september-2015/
    http://agen303.city/2015/09/21/prediksi-liverpool-vs-aston-villa-26-september-2015/
    http://agenbola.city/2015/09/21/prediksi-skor-manchester-united-vs-sunderland-26-september-2015/
    http://bandarbola.city/2015/09/21/prediksi-huddersfield-town-fc-vs-nottingham-forest-fc-25-september-2015/
    http://bolajudi.city/2015/09/21/prediksi-cuba-vs-nicaragua-25-september-2015/
    http://ibcbet.city/prediksi-real-betis-vs-deportivo-de-la-coruna-25-september-2015/
    http://metrotv.city/2015/09/21/prediksi-empoli-vs-atalanta-25-september-2015/
    http://prediksibolaagenjudi.blogspot.com/2015/09/prediksi-empoli-vs-atalanta-25.html
    http://prediksi-agensbobet.blogspot.com/2015/09/prediksi-real-betis-vs-deportivo-de-la.html
    http://prediksibola988bet.blogspot.com/2015/09/prediksi-cuba-vs-nicaragua-25-september.html
    http://agenjudiprediksibola.blogspot.com/2015/09/prediksi-huddersfield-town-fc-vs.html
    http://prediksijitu988bet.blogspot.com/2015/09/prediksi-tottenham-hotspur-vs.html
    http://prediksibacklinkterkuat.blogspot.com/2015/09/prediksi-skor-leicester-city-vs-arsenal.html
    http://agenjudionline988bet.blogspot.com/2015/09/prediksi-liverpool-vs-aston-villa-26.html
    http://agenjudiprediksiterpercaya.blogspot.com/2015/09/prediksi-skor-manchester-united-vs.html


    ReplyDelete
  17. Salam berkenalan, mohon laluan;
    Homestay
    Makan Angin London
    SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    Instagram: makananginlondon
    Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  18. Suka baca entri. Thanks.. Tgh kumpul info nak ke london disember 2016 hehehe semangat awal... Nk buat budget n bawak ank2 dgn kadar budget backpack (agak2 ngan bebudak boleh ke) ank2 11y 7y 3y. Mesti byk dugaan nanti. Tu yang awal setahun study

    ReplyDelete
  19. Suka baca entri. Thanks.. Tgh kumpul info nak ke london disember 2016 hehehe semangat awal... Nk buat budget n bawak ank2 dgn kadar budget backpack (agak2 ngan bebudak boleh ke) ank2 11y 7y 3y. Mesti byk dugaan nanti. Tu yang awal setahun study

    ReplyDelete
  20. salam bro..boleh share iti x?
    sent lay aadyy06@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Salam . Bajet mahal tak kalau nak spend utk makan n penginapan? N berapa bajet u?

    ReplyDelete
  22. Salam bkenalan drp kami makan angin London@Makan Angin Shopper

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Makan Angin Shopper
    https://m.facebook.com/ukpersonalshopper
    Instagram: makananginshopper
    Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    ReplyDelete
  23. Salam bkenalan drp kami makan angin London@Makan Angin Shopper

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Makan Angin Shopper
    https://m.facebook.com/ukpersonalshopper
    Instagram: makananginshopper
    Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    ReplyDelete